Tema Obsesi (drama)

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar: "Siri ini juga memberi pengajaran dan mendidik penonton dengan mengetengahkan pelbagai ilmu berkaitan undang-undang yang diguna-pakai di Malaysia, adat resam orang melayu serta wasiat dan pembahagian harta mengikut undang-undang sivil. Ia juga menyalurkan maklumat berkaitan dengan usaha pelbagai agensi kerajaan untuk kesejahteraan rakyat, terutama pasukan polis, dan kerjasama yang diperlukan oleh agensi-agensi kerajaan daripada rakyat. Selain memberikan pengajaran dan teladan, ia juga sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat".[3]